Agama Islam mempunyai makna dan definasinya sendiri mengenai intelektual. Ia dihubungkan lansung dengan sikap pengabdian diri kepada Allah SWT. Dalam masyarakat Islam, seseorang intelektual bukan saja perlu memahami sejarah bangsanya dan berupaya melahirkan gagasan besar dan murni untuk masyarakat, malah ia mesti menguasai ajaran Islam.
Di dalam Islam, istilah yang khusus diberikan, iaitu ulil-albab atau ‘orang-orang yang berakal, orang-orang yang mempunyai fikiran, atau ‘man of understanding, man of wisdom’. Ulil-albab disebut sebanyak 16 kali di dalam al-Qur’an, menunjukkan golongan ini mempunyai peranan sangat penting dalam sejarah tamadun manusia dan memberikan sumbangan besar kepada kemanusiaan. Justeru itu, ulama sebagai ulil-albab adalah pewaris ajaran nabi, menyampaikan risalahnya, kebijaksanaannya, sifat nubuwwahnya. Di tangan ulama, al-Qur’an menjadi dokumen hidup yang dibawa oleh Rasul s.a.w. untuk dihuraikan oleh mereka supaya dilaksanakan, iaitu menurut hukum dan sistem nilai yang ada di dalam kitab suci tersebut.
Tidak sekadar berpuas hati dengan ilmu dan maklumat yang banyak dimilikinya, serta mengikuti perkem-bangan semasa. Ia berperanan membawa ilmu itu ke persada masyarakat. Dengan ilmu itu juga, ia memandu masyarakat ke jalan yang benar, membawa kesedaran kepada masyarakat untuk merobah kepincangan mereka dari kegelapan kepada cahaya terang benderang.
Sesungguhnya golongan intelektual dianggap sebagai pemimpin kepada perubahan - transforming leadership - dan menjadi penggerak utama - prime mover. Oleh itu, intelektual menurut Islam ialah seseorang yang terus berkembang potensinya dan memberi manfaat kepada manusia. Di disebut di dalam al-Qur’an sebagai ‘pohon yang pucuknya mencapai awan, akarnya teguh jauh ke dasar bumi, buahnya menjadi rezeki manusia dan haiwan.’ (Surah Ibrahim)
Justeru itu, apabila para nabi dan rasul tiada lagi bersama kita, yang mewarisi tugas mereka ialah ulama yang disebut sebagai intelektual. Merekalah golongan yang paling layak digelar intelektual. Malah mereka mesti mengambil tempat sebagai penggerak utama ummah, merobah kehidupan ummah dari kegelapan kepada cahaya kemanusiaan.
Di masa lampau, para ulama yang memiliki ketakwaan yang tinggi, ilmu dan perwatakan yang mulia, seperti para imam mujtahid yang empat itu dan seterusnya al-Ghazali, al-Kindi, Ibn Taimiyyah, Ibn Sina, Ibn Khaldun, Syed Jamal al-Din al-Afghani, membawa kepada Hassan al-Banna, Syed Qutb, Abul ‘Ala al-Mawdudi, para ulama di rantau nusantara ini dan lain-lain lagi adalah para tokoh intelektual Islam; yang dengan ilmu dan ketakwaan mereka telah turun memimpin ummah, merobah mereka menjadi pelopor memperbaharui tamadun dan pemikiran ummah (tajdid hadhari). Merekalah intelektual sejati dan tidak pernah berhenti berfikir.
Mereka berjaya melepasi pelbagai ujian fitnah zaman - besar dan kecil - penjara dan penderaan, bahkan maut semata-mata kerana keteguhan keyakinan mereka. Mereka telah membayar ketakwaan dan keyakinan mereka dengan harga yang amat mahal. Begitulah intelektual sejati!
Intelektual, menurut perspektif Islam, antaranya ialah:
1) Mendapat hikmah:
يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاء وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
“Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang mantap tentang al-Qur’an dan al-Sunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barang-siapa yang dianugerahi al-hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah, 2: 269).
2) Mengambil pelajaran dari sejarah umat terdahulu
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُوْلِي الأَلْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَـكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Yosuf, 12: 111)
3) Bersungguh-sungguh mencari ilmu
هُوَ الَّذِيَ أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاء الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاء تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الألْبَابِ
“Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.” (Ali Imran, 3: 7).
4) Merenung ciptaan Allah SWT di langit dan di bumi dan memikirkan kebesaran serta kekuasaan Allah
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Ali Imran, 3: 190).
5) Mengambil pengajaran daripada kitab yang diwahyukan oleh Allah
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), - Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Sod, 38: 29).
هُدًى وَذِكْرَى لِأُولِي الْأَلْبَابِ
“Sebagai hidayah petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna.” (Ghafir, 40: 54).
6) Mempertahankan keyakinan dan tidak terpesona dengan bilangan yang ramai
قُل لاَّ يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُواْ اللّهَ يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (al-Maidah, 5: 100).
7) Berusaha menyampaikan peringatan Allah kepada masyarakat dan mengajar mereka prinsip tauhid
هَـذَا بَلاَغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُواْ بِهِ وَلِيَعْلَمُواْ أَنَّمَا هُوَ إِلَـهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
“(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.” (Ibarhim, 14: 52).
8) Mematuhi janji Allah, menyampaikan apa yang diperintah Allah, bersabar, memberikan infaq, menolak keburukan dan menggantikannya dengan kebaikan
أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَى إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ ، الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَلاَ يِنقُضُونَ الْمِيثَاقَ ، وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الحِسَابِ ، وَالَّذِينَ صَبَرُواْ ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ
[13: 20] Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; -
[13: 21] Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -
[13: 22] Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat. (al-Ra`ad, 13: 19-22).
9) Bangun di tengah malam untuk beribadah - rukuk dan sujud - kepada Allah
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاء اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (al-Zumar, 39: 9).
10) Banyak berzikir
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ ، الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[3: 190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
[3: 191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali-Imran, 3: 190-191).
11) Takut hanya kepada Allah
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللّهُ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ
“(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).” (al-Baqarah, 2: 197).
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُوْلِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ آمَنُوا قَدْ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا
“Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan.” (al-Talaq: 65: 10).
Adaptasi: Dalam Dakapan Makkah dan Madinah (Sebuah Catatan Perjalanan)
Oleh: Abd Shukur Harun. Terbitan: iMAP
Tuesday, June 10, 2008
25 Dua From The Holy Quran
1) Allah SWT memaklumkan tentang doa sebahagian manusia:
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
- Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.
- Our Lord! Grant us good in this world and good in the life to come and keep us safe from the torment of the Fire.
(Al-Baqarah, 2: 201)
2) Tentera Talut berdoa ketika berhadapan dengan tentera Jalut:
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
- Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.
- Our Lord! Bestow on us endurance and make our foothold sure and give us help against those who reject faith.
(Al-Baqarah, 2: 250)
3) Allah SWT memaklumkan bahawa antara doa golongan beriman:
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأنَا
- Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
- Our Lord! Take us not to task if we forget or fall into error.
4)
وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا
- Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
- Our Lord! Lay not upon us such a burden as You did lay upon those before us.
5)
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
- Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir
- Our Lord! Impose not on us that which we have not the strength to bear, grant us forgiveness and have mercy on us. You are our Protector. Help us against those who deny the truth.
(Al-Baqarah, 2: 286).
6) Orang yang mantap dalam keilmuan mengatakan:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
- Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
- Our Lord! Let not our hearts deviate from the truth after You have guided us, and bestow upon us mercy from Your grace. Verily You are the Giver of bounties without measure.
(Ali Imran, 3: 8)
7)
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
- Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.
- Our Lord! Forgive us our sins and the lack of moderation in our doings, and make firm our steps and succour us against those who deny the truth.
(Ali Imran, 3: 147)
8) Allah SWT menyatakan bahawa antara ciri-ciri orang-orang yang berakal ialah orang yang berdoa:-
رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
- Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun.
- Our Lord! Whomsoever You shall commit to the Fire, truly You have brought [him] to disgrace, and never will wrongdoers find any helpers.
9)
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آَمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا
- Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman.
- Our Lord! Behold we have heard a voice calling us unto faith: "Believe in your Lord" and we have believed.
10)
رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ
- Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
- Our Lord! Forgive us our sins and efface our bad deeds and take our souls in the company of the righteous.
11)
رَبَّنَا وَآَتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
- Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
- Our Lord! And grant us that which you have promised to us by Your messengers and save us from shame on the Day of Judgement. Verily You never fail to fulfill Your promise.
(Ali Imran 3: 193-194)
12) Nabi Adam dan Hawa menyatakan penyesalan setelah melakukan kesilapan di Syurga dengan doa yang difirmankan Allah SWT:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
- Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
- Our Lord! We have sinned against ourselves, and unless You grant us forgiveness and bestow Your mercy upon us, we shall most certainly be lost!
(Al-Araf, 7: 23)
13) Allah SWT menyatakan bahawa apabila penglihatan ahli Syurga dihalakan ke arah ahli neraka mereka berdoa:
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
- Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.
- Our Lord! Place us not among the people who have been guilty of evildoing.
(Al-Araf, 7: 47)
14) Nabi Syu‘aib berdoa ketikamana merasa kecewa terhadap kaum baginda yang tidak beriman seperti yang difirmankan Allah SWT:
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

- Our Lord! Lay open the truth between us and our people, for You are the best of all to lay open the truth.
(Al-Araf, 7: 89)
15) Sesudah para ahli Sihir menyakini dan beriman dengan Nabi Musa, mereka berdoa memohon ketabahan untuk menghadapi Fir‘aun:
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
- Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).
- Our Lord! Pour out on us patience and constancy, and make us die as those who have surrendered themselves unto You.
(Al-Araf, 7: 126)
16) Selepas Nabi Musa meminta supaya kaumnya berserah kepada Allah SWT mereka mengakuinya sambil berdoa:
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ، وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
- Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir.
- Our Lord! Make us not a trial for the evildoing folk, and save as by Your mercy from people who deny the truth.
(Yunus, 10: 85-86)
17) Nabi Ibrahim berdoa ketika meletakkan anaknya di Mekah yang kontang:
رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ
- Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!
- Our Lord! You truly know all that we may hide [in our hearts] as well as all that we bring into the open, for nothing whatever, be it on earth or in heaven, remains hidden from Allah.
(Ibrahim, 14: 38)
18) Ketika serombongan pemuda (Ashabul Kahfi) menuju ke gua mereka berdoa:
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
- Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.
- Our Lord! Bestow on us mercy from Your presence and dispose of our affairs for us in the right way.
(Al-Kahfi, 18:10)
19) Orang diredhai Allah ia lah orang yang berdoa:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
- Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
- Our Lord! Grant that our spouses and our offspring be a comfort to our eyes, and give us the grace to lead those who are conscious of You.
(Al-Furqan, 25: 74)
20) Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu):
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
- Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka
- Our Lord! You embrace all things within Your Grace and Knowledge, forgive those who repent and follow Your path, and ward off from them the punishment of Hell.
21)
رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آَبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
- Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
- Our Lord! Make them enter the Garden of Eden which You have promised to them, and to the righteous from among their fathers, their wives and their offspring, for verily You are alone the Almighty and the truly Wise.
(Ghafir, 40: 7-8)
22) Orang-orang yang merasai azab bala berdoa:
رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ
- Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!.
- Our Lord! Relieve us of the torment, for we do really believe.
(Al-Dukhan, 44: 12)
23) Golongan yang Islam selepas golongan Muhajirin dan Ansar berdoa:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاً لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
- Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.
- Our Lord! Forgive us our sins as well as those of our brethren who proceeded us in faith and let not our hearts entertain any unworthy thoughts or feelings against [any of] those who have believed. Our Lord! You are indeed full of kindness and Most Merciful.
(Al-Hasyr, 59:10)
24) Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi golongan kafir:
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
- Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
- Our Lord! In You we have placed our trust, and to You do we turn in repentance, for unto You is the end of all journeys.
(Al-Mumtahanah, 60: 4)
25) Ketikamana orang-orang munafik meraba-raba dalam keadaan gelap-gelita, orang-orang beriman berdoa:
رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
- Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
- Our Lord! Perfect our light for us and forgive us our sins, for verily You have power over all things.
(Al-Tahrim, 66: 8)

LAYANAN BIDADARA DAN BIDADARI
Surah Al-Dukhan
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ
[51] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa.
كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ
[54] Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
Surah Tur
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ
[17] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).
مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ
[20] Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَّكْنُونٌ
[24] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[Round about them will serve, (devoted) to them, youths (handsome) as Pearls well-guarded]
Surah Al-Waqiah
وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
أُوْلَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ
[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka. [
Round about them will (serve) youths of perpetual (freshness).]
وَحُورٌ عِينٌ
[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Surah Al-Insan
إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur".
عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا
[6] Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا
[19] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
[And round about them will (serve) youths of perpetual (freshness): if thou seest them, thou wouldst think them scattered Pearls.]

Subscribe to:
Posts (Atom)